Moh Kita Terjah Lokasi Kedai Makan Di Kuantan ~ HOMESTAY FAYYADHAH KUANTAN

Rabu, 12 April 2017

Moh Kita Terjah Lokasi Kedai Makan Di Kuantan


Kali ni pihak Homestay Fayyadhah-kuantan, nak ceritakan serba ringkas kedai makan di kuantan yang very recommended.
Berikut merupakan, lokasi wajib tempat menjamu selera sekiranya, anda berkunjung ke Kuantan 

1: Warung Paksu & Maksu

* Apa yang menarik di sini adalah pelbagai pilihan makanan antaranya sata, otak-otak, keropok lekor, udang celup tepung, ikan celup tepung, bebola ketam, sotong celup tepung, aneka kuih muih.
Orang kata kalau ke kuantan  tak mencuba ke gerai ni memang tak lengkap percutian anda.






Add caption


2: Ana Ikan Bakar Petai

* Jika anda tercari-cari lokasi mana untuk makan malam, cubalah ke gerai Ana Ikan Bakar Petai, yang special anda boleh merasai ikan, sotong, udang yang dibakar bersama petai. Sekiranya bagi yang  biasa ke Ana Ikan Bakar Petai, anda boleh juga ke kedai makan yang lain di sekitar kawasan antaranya Mail ikan bakar dan juga gerai-gerai masakan panas.










3. Kerepok Lekor Black

Kedai kerepok lekor black ini hanya menjual kerepok lekor yang belum digoreng, bagi yang ingin membeli untuk dibawa pulang, bolehlah ke  kedai ini. Kerepok yang dijual memang sedap  dan yang penting masih baru. Sekiranya anda berkesempatan untuk ke sini, jika anda lihat di bahagian dapur kedai, para pekerja sedang sibuk membuat kerepok lekor.





4. Warung Mee Calong Beserah

Di kuantan juga terdapat gerai mee calong yang sangat sedap, sekiranya adan tercari-cari untuk makan tenghari  & petang di sinilah tempatnya. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, selain hidangan utama mee calong, kerepok lekor serta air kelapa muda yang segar juga turut dijual di warung.







5. Akob Patin House
Negeri pahang memang terkenal dengan masakan ikan patin masak tempoyak. Jika anda berada di kuantan jangan lupa untuk singgah di gerai  Pak Akob untuk merasai ikan patin masak tempoyak untuk makan tengah hari. Terdapat 2 jenis ikan patin yang dijual iaitu patin buah & patin biasa , harga juga berbeza. Selain itu daging salai masak lemak cili api dan juga lauk-pauk yang lain ada dijual di sini.






0 ulasan:

Catat Ulasan