Terma & Syarat ~ HOMESTAY FAYYADHAH KUANTAN

Jumaat, 28 Oktober 2016

Terma & Syarat




Terma  & Syarat di Homestay Fayydhah Kuantan

1.      Bayaran penuh hendaklah dibuat semasa check in sama ada bayaran secara tunai, bank in atau melalui online banking.
2.      Elakkan parking yang menghalang laluan jiran kiri dan kanan.
3.      Elakkan merosakkan harta atau barang jiran kiri dan kanan contohnya melanggar pokok atau membuang sampah di kawasan kejiranan.
4.      Pastikan anda tidak sesuka hati membuat sebarang majlis, kenduri, bbq atau sebarang sambutan yang berkaitan tanpa meminta kebenaran tuan rumah.
5.      Menghormati jiran  kiri & kanan, hendaklah berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga menganggu jiran terutama pada waktu malam. 
6.      Pastikan semasa anda keluar tutup suis lampu, kipas, aircond serta barangan eletrik yang lain apabila tidak digunakan.
7.      Menggunakan perabot dan peralatan di homestay dengan baik serta tidak membuat kerosakan.
8.      Jika didapati peralatan seperti barangan eletrik atau paip rosak, sila hubungi pihak kami untuk menyelesaikan masalah tersebut.
9.      Jangan sesekali  cuba untuk membaiki, menukar, mengubah terutamanya barangan eletrik dan paip.
10. Sila pastikan barangan anda tidak tertinggal semasa check out, jika ada barangan yang tertinggal sila hubungi segera.
11. Elakkan bermain dengan manga code bagi mengelak tertukar code asal.

Terma & Syarat Tempahan

1.      Tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon, sms dan WhatsApp. Sila semak kalender tempahan unutk mengetahui kekosongan.
2.      Deposit diperlukan bagi mengesahkan tempahan.
3.      Deposit tempahan adalah mengikut jumlah hari yang anda tempah dan jenis rumah.
4.      Hanya dengan mendeposit bayaran sahaja yang betul-betul membuat tempahan.
5.      Tempahan tanpa deposit tidak akan dilayan. ‘’First come First Serve “
6.      Sebarang pembatalan tempahan mestilah dimaklumkan seminggu lebih awal untuk pemulangan deposit.
7.      Sekiranya kurang dari 7 hari deposit tidak akan dipulangkan dan tarikh tersebut dibuka untuk orang lain.
8.      Sila nyatakan bilangan atau jumlah yang akan masuk semasa menempah.
9.      Sekiranya anda memerlukan resit, pastikan anda maklumkan awal sekiranya untuk di isi atas nama siapa.

Terma & Syarat Check in / Check out
1.      Masa check in adalah 2.00 pm dan check out pada 12.00 tengah hari
2.      Sekiranya anda ingin keluar lewat akan diberikan sekiranya tiada kemasukkan pada hari seterusnyanya,  bayaran tambahan akan dikenakan mengikut jam.
3.      Jika didapati ada tempahan, anda tidak dibenarkan untuk keluar lewat.

0 ulasan:

Catat Ulasan