Pekena Mee Kari Special Di Gambang ~ HOMESTAY FAYYADHAH KUANTAN

Ahad, 28 Ogos 2016

Pekena Mee Kari Special Di Gambang


 Assalamualaikum.

Terima kasih kepada para pengunjung,  blog Homestay Fayyadhah-Kuantan.
Hari ini, pihak Homestay Fayyadhah- Kuantan nak review kedai makan di sekitar gambang.
Kedai Along Mee kari, mesti ramai yang cakap mee kari biasa je, tapi yang mee kari di kedai ni lain daripada yang lain. Sebabnya  mee kari ini dimasak di atas claypot panas-panas lagi. Ramuan dalam mee kari juga tidak kurang hebatnya, ada udang juga besar-besar, cendawan, isi ayam yang banyak dan bahan- bahan mee kari, yang penting rasa lemak santan memang cukup kaw kaw.

Jadi apa kata anda cuba mee kari di gambang berdekatan dengan petrol station gambang, memang berbaloi. Di sini saya akan tunjuk gambar mee kari yang saya sendiri telah cuba, hati-hati bagi yang ada anak kecil kerana mee kari yang masih panas akan dihidangkan. Bagi yang tidak gemar dengan mee kari, jangan risau kerana terdapat banyak gerai-gerai makanan di sekitarnya. Taman permainan juga ada disediakan untuk kanak-kanak bermain, surau & tandas juga disediakan.

Untuk pengetahuan jarak kedai mee kari yang terletak di Gambang dengan Homestay Fayyadhah (3)- Bukit Rangin & Homestay Fayydhah (4) - Indera Sempurna  dalam 10- 15 minit sahaja. Jadi bagi yang mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan UMP, Matrikulasi Gambang, Kolej Komuniti, Matrik UIA, bolehlah memilih untuk menginap di Homestay Fayyadhah- Kuantan ( 3 & 4 )










0 ulasan:

Catat Ulasan