Badan Kerajaan Awam & Swasta Yang Telah berkerjasama Dengan Pihak Homestay Fayyadhah-Kuantan ~ HOMESTAY FAYYADHAH KUANTAN

Jumaat, 19 Ogos 2016

Badan Kerajaan Awam & Swasta Yang Telah berkerjasama Dengan Pihak Homestay Fayyadhah-Kuantan


Assalamualaikum.
Untuk makluman Homestay Fayyadhah-Kuantan  telah beroperasi hampir setahun. Pembukaan Homestay Fayyadhah-Kuantan bermula  tahun 2015 sehingga kini. Sepanjang setahun beroperasi sehingga hari ini, Homestay Fayyadhah-Kuantan telah menjadi pilihan  tempat penginapan bagi beberapa syarikat swasta  mahupun awam.





                Baru- baru ini Pihak Uitm Shah Alam telah memilih untuk  menginap di Homestay Fayyadhah (2)Bukit Rangin selama 6 Hari 5 malam untuk sukan Futsal di UIA kuantan. Pihak kami telah menyediakan tilam & toto extra untuk memastikan keselesaan para pelajar UITM semasa menginap. Jarak Homestay Fayyadhah(2) Bukt Rangin Ke UIA memakan masa 5 minit sahaja. Pihak UITM ke Kuantan dengan menaiki bas. Alhamdulillah tiada  sebarang masalah untuk menempatkan kenderaan bas, kerana kawasan perumahan yang luas serta mudah untuk menempatkan bas.
Homestay Fayyadhah (2) Bukit Rangin
Bas UITM di ruang parking yang selesa


Seterusnya di Homestay Fayyadhah (1) Apartment Medan Warisan menerima kunjungan pelajar dari Maktab Sultan Ismail  dari Kota Bharu Kelantan, negeri kelahiran  pemilik Homestay Fayyadhah- Kuantan. Kunjungan pelajar bersama guru adalah bertujuan unutk memenuhi salah satu aktiviti kokurikulum mereka di sekitar kawasan Kuantan. Pihak maktab juga didatangi dengan menaiki sebuah bas.


Para pelajar Maktab



Tempat parking bas 


Untuk makluman, tempat parking bas berdekatan dengan deretan kedai makan antaranya, Aniq steamboat, sate, shellout & selera gergasi. Jadi bagi para penginap tidak perlu pening  untuk kedai makan. Kerana belakang homestay terdapat banyak pilihan. 



Manakala Homestay Fayyadhah (3) Cenderawasih Pesona telah menerima kunjungan kakitangan KPJ Ampang. Pihak KPJ Ampang ada aktiviti sukan tahunan di KPJ Alor Akar. Kira-kira jarak dari Homestay ke KPJ Alor Akar makan masa 10 minit sahaja. Pihak KPJ juga datang dengan menaiki bas. Begitu juga untuk menempatkan bas tiada sebarang masalah kerana terdapat kawasan lapang berdekatan dentan taman permainan. Kebiasanya bas atau kenderaan besar akan parking di situ.


Rombongan KPJ Ampang


Rombongan KPJ Ampang

Selain itu juga, terdapat juga syarikat-syarikat serta sekolah yang pernah berurusan dengan pihak Homestay Fayyadhah-Kuantan, antaranya, GIANT Kuantan, MUIP Raub, Multiwireless, Gates IT Solution, Innovative Nextech, Zinklite Copration dan beberapa buah sekolah dari negeri Perak, Terengganu & Kelantan.

Bagi syarikat serta pihak sekolah,  mereka akan meminta pihak Homestay Fayyadhah-Kuantan untuk menyediakan Invois bagi urusan pembayaran. Homestay Fayyadhah-Kuantan juga menerima bayaran secara tunai, bank in ke akaun dan dalam bentuk cek. setelah selesai membuat bayaran, pihak Homestay Fayyadhah-kuantan akan mengeluarkan resit pembayaran.


Contoh Invois yang dikeluarkan oleh pihak Homestay Fayyadhah-Kuantan


Ribuan terima kasih diucapkan kerana telah memilih Homestay Fayaydhah-Kuantan sebagai tempat penginapan sepanjang berada di sekitar Kuantan. Sebarang kekurangan akan kami perbaiki dari semasa ke semasa untuk menambah baik segala kemudahan dari segi keperluan dan kehendak anda.


0 ulasan:

Catat Ulasan