Jom Singgah Rizqi Street Market Kuantan- Homestay Fayyadhah Kuantan ~ 1

Sabtu, 18 Jun 2016

Jom Singgah Rizqi Street Market Kuantan- Homestay Fayyadhah Kuantan


Assalamualaikum ....

        Kepada semua umat islam & selamat berpuasa diucapkan. Alhamdulillah hari ini dah 13 Ramadhan kita berpuasa.. Sedar x sedar xlama nak raya dah kan, banyak persiapan yang perlu dibuat unutk menyambut lebaran terutama bagi para ibu. Sekiranya anda berpeluang bekunjung atau menginap di Homestay Fayydhah-Kuantan, pihak kami mencadangkan para tetamu kami untuk ke Rizqi Street Market.

     Rizqi Street Market salah satu daya tarikan baru di Kuantan. Sempena musim perayaan, pengunjung boleh ke sana untuk mencari pelbagai kelengkapan raya. Dibuka setiap hari bermula 5.30 Petang hingga 12.30 pagi.

Lokasi di Lorong Tun Ismail 5, berdekatan Pasaraya Borong Mydin, Pusat Pakaian Hari-Hari, Pasaraya Happy Home dan berhadapan dengan Kuantan Plaza








Pelbagai aktivi-aktivi dijalankan di market ni antaranya konvoi motor, persembahan dari band tempatan, nasyid, pertunjukkan ular. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini. 

0 comments:

Catat Ulasan